We use cookies to enhance your experience on our website and for unlimited use of all functions. By clicking on "I accept", you agree to the use of cookies and the associated processing of your personal data. You can find more information on our Privacy Policy and change your cookie settings at any time by going to the Cookie Policy section at the bottom of the page.

  • TIADA MASA UNTUK BAZIR

    Visi kami untuk meningkatkan kepanjangan umur planet kita, rakyat kita dan komuniti yang kita hidup dan bekerja dengan mengurangkan jumlah makanan dan sisa penggunaan tunggal yang dihasilkan secara ketara.

Komitmen kami

Visi kami sebagai sebuah syarikat adalah untuk memberi impak kepada dunia di sekitar kita dengan menggunakan peluang perniagaan kami dan produk kami . Melalui produk kami, kami sentiasa memberi tumpuan kepada mengurangkan impak kepada alam sekitar dengan menyediakan penyelesaian yang boleh diguna semula, tahan lama dan mudah digunakan yang dapat membantu meminimumkan sisa plastik dan makanan.
 
Kini, kami meluaskan visi kami dengan memberi kesan yang ketara terhadap isu sisa dengan mengambil langkah besar untuk memastikan pengurangan sisa di setiap langkah kitaran hayat produk kami – reka bentuk, pembuatan dan pengedaran, untuk penggunaan, kitar semula dan pemulihan.

Bahan Inovasi Kami

Sejajar slogan “Tiada Masa untuk Dibazirkan” kami komited untuk mencipta produk daripada bahan bersumber  lestari.

Memperkenalkan Bahan Eko+ kami

Di Tupperware Brands, kami menggunakan inovasi warisan sebagai panduan untuk mendapatkan sumber, memilih dan menguji terlebih dahulu untuk memasarkan bahan lestari – yang kami panggil sebagai Bahan EKO+. Kami mulai memperkenalkan Bahan EKO+ pada tahun 2019 melalui Eco Straw di pasaran terpilih seluruh dunia. Eco Straw dihasilkan daripada bahan revolusionari- polimer membulat. Polimer membulat ini dibuat menggunakan campuran sisa plastik sekali- pakai yang telah dibuang, kemudiannya, dipecahkan ke tahap molekul dan dibentuk semula menjadi bekas plastik berkualiti tinggi.

Bahan pertama ini sejajar dengan komitmen kami untuk menangani cabaran global sisa plastik sekali- pakai. Kami kini memperluas rangkaian EKO+ dengan menguji inovasi baharu di ruang kelestarian dengan menggunakan  bahan berasaskan-bio. Perjalanan ini tidak mempunyai jalan berpenghujung buat kami- kami komited untuk terus mencari, menguji dan menggunakan bahan inovatif yang akan menyokong komitmen ‘Tiada Masa untuk Dibazirkan’ dengan meningkatkan penggunaan bahan EKO+ pada seluruh barisan produk kami.

Impak Kami

Penglibatan

  • Rakan Kongsi
    close

    Rakan Kongsi

    Untuk benar-benar memberi impak kepada isu sisa, kami ftahu kami tidak boleh melakukannya sendiri. Itulah sebabnya kami bekerjasama dengan organisasi seperti Yayasan Ellen MacArthur dan World Central Kitchen, yang berkongsi visi kami dan yang kami tahu sedang membuat perbezaan sebenar di dunia.

  • Rakan Sekerja
    close

    Rakan Sekerja

    Melalui organisasi kami, rakan sekerja kami saling memberi galakkan untuk mengurangkan plastik penggunaan tunggal yang digunakan di tempat kerja dan di rumah supaya mereka juga menjadi pelayan alam sekitar.

  • Pasukan Jualan
    close

    Pasukan Jualan

    Pasukan Jualan kami memainkan peranan penting dalam membantu menyebarkan mesej tentang cara menggunakan produk Tupperware untuk kebolehgunaan semula jangka panjang dan menjelaskan kepada pengguna baru dan semasa, bagaimana Tupperware membuat perbezaan.

Reka Bentuk

  • Penggunaan Bahan
    close

    Penggunaan Bahan

    Baru-baru ini, kami diumumkan bahawa kami ialah salah satu syarikat daripada empat syarikat yang terpilih untuk menggunakan bahan mentah baharu yang diperbuat daripada campuran sisa plastik. Sebagai sebuah syarikat yang berdasarkan inovasi yang berterusan, kami sentiasa mencari bahan sumber baharu yang mesra alam.

  • Reka Bentuk Produk
    close

    Reka Bentuk Produk

    Semua produk jenama Tupperware® bertujuan untuk digunakan lagi dan lagi, mengurangkan plastik penggunaan tunggal yang sangat bertanggungjawab merosakkan alam sekitar dan meminimumkan jumlah makanan yang terbuang.

Hasil

  • Operasi
    close

    Operasi

    Kami mengurangkan sisa, meningkatkan tenaga boleh diperbaharui dan mengehadkan air yang kami gunakan untuk beroperasi. Kami juga mensasarkan sifar sisa ke tapak pelupusan di semua kemudahan pengilangan.

  • Pembungkusan
    close

    Pembungkusan

    Menjelang 2025, semua produk Tupperware akan dihantar kepada pengguna hanya dalam pembungkusan yang boleh dikompos atau boleh biodegradasi – bermaksud tiada lagi beg poli.

Guna Semula

  • Penggunaan
    close

    Penggunaan

    Kami komited untuk membuat produk yang memudahkan pengguna untuk mengurangkan sisa mereka dengan menawarkan plastik penggunaan tunggal alternatif dan melalui pemasaran dan komunikasi kami dengan Pasukan Jualan, kami akan terus memacu pengguna untuk menggunakan produk dengan cara ini.

  • Kitar Semula
    close

    Kitar Semula

    Kami sedang meningkatkan proses pemulangan kami agar menjelang tahun 2025, 90% produk yang dipulangkan dikitar semula dan digunakan semula dengan tujuan lain.

Mainkan peranan anda dan berjanji untuk mengurangkan sisa

Jenama Tupperware membuat perubahan besar di dalam operasi kami dan barisan produk kami untuk menangani masalah sisa – namun anda tidak perlu membuat perubahan besar! Perubahan kecil, setiap hari seperti membawa makanan tengahari dari rumah dalam bekas produk Tupperware® yang boleh diguna semula, tinggalkan penggunaan beg plastik, katakan tidak kepada kutleri yang tidak boleh dikompos dan lebih banyak lagi memainkan peranan membantu menghilangkan lebih banyak sisa daripada memasuki planet kita.

Cari lokasi anda pada peta di bawah dan kotakan janji anda dengan memainkan peranan anda dalam mengurangkan sisa. Ingatlah, perubahan kecil boleh menghasilkan impak yang besar!

Total pledges to Date

Pledge Leaders

    Breakdown by Region

    Terima kasih atas janji anda!

    Komitmen anda bermakna segalanya untuk kami.

    Tips untuk Kurangkan Sisa dan Hidup Lama

    1

    BYOT – Bawa Produk Tupperware® Anda Sendiri
    Buat usaha bersepadu untuk membawa makan tengahari anda dari rumah menggunakan salah satu daripada bekas kalis ketuhar Tupperware® kami yang boleh dipercayai dan tahan lama seperti set CRYSTALWAVE® kami atau mangkuk WONDERLIER® kami.

    2

    Singkirkan tabiat penggunaan beg plastik anda
    Daripada menggunakan beg plastik penggunaan sekali, tukarlah kepada Sandwich Keepers kami. Dan apabila membeli-belah barang-barang runcit, pastikan anda membawa bersama beg jinjing atau beg boleh diguna semula.

    3

    Kekalkan set minda kitar semula dan guna semula
    Sekiranya mungkin, kitar semula plastik yang anda gunakan dan guna semula sebanyak mungkin supaya kita semua memainkan peranan kita untuk memastikan dunia tanpa pembaziran.      

    4

    Gunakan produk minuman di mana sahaja
    Sepanjang hari, pastikan mengisi kopi atau air anda dengan salah satu daripada produk minuman di mana sahaja Tupperware® kami, seperti botol Eco Water kami, berbanding botol air pakai buang.

    5

    Elakkan kutleri pakai buang
    Apabila mingkin, gunakan kutleri kami seperti garpu, pisau dan sudu yang boleh digunakan berulang kali.